Ayat Seruan
1) Ayat seruan ialah ayat yang disertai kata seru seperti aduh, amboi, eh, ah, wah, wahai, oh, cih, dan sebagainya serta diakhiri tanda seru (!). Contohnya
| Kata Seru | Ayat Seruan |
| Aduh | 1) Aduh, sakitnya perutku! 2) Aduh, cantiknya lukisan ini! |
| Aduhai | 1) Aduhai, malang sungguh nasibku! 2) Aduhai, sampai begini sekali nasib kita! |
| Ah | 1) Ah, alangkah leganya hatiku! 2) Ah, Aku tidak mahu! |
| Cih/Cis | 1) Cih, tak tahu malu! 2) Cis, berani kamu main aku! |
| Eh | 1) Eh, kamu rupa-rupanya yang dating! 2) Eh, kamu pun ada di sini! |
| Hai | 1) Hai, lama kita tidak berjumpa! 2) Hai, nama saya Ali! |
| Nah | 1) Nah, inilah yang kunanti-nantikan! 2) Nah, ambil pensel ini! |
| Oh | 1) Oh, sanggup kamu berbuat begitu! 2) Oh, baru aku teringat! |
| Wah | 1) Wah, besarnya rumah kamu! 2) Wah, tingginya bangunan itu! |
| Wahai | 1) Wahai saudaraku, mengapa termenung! 2) Wahai adik-adikku, patuhilah nasihat ibu bapa kita! |
3) Ada katanya kata seru tidak disertai kata seru tetapi diakhiri tanda seru (!). Contohnya
a) Syabas!
b) Tahniah!
c) Selamat dating!