Friday 12 August 2011

Tahun 4,5 & 6 (Ayat Majmuk Gabungan)


Ayat Majmuk Gabungan
1)      Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terbentuk dengan cara menggabungkan dua atau beberapa ayat tunggal dengan kata hubung gabungan seperti dan, atau, lalu, maka dan sebagainya. Contohnya:
a)      Ali dan Ahmad ke kantin
b)      Langit mendung lalu hujan pun turun
c)      Budak itu sakit gigi maka dia menangis
2)      Ayat 1(a) terbit daripada dua ayat tunggal, iaitu
i) Ali ke kantin
ii) Ahmad ke kantin
3)      Ayat 1(b) terbit daripada dua ayat tunggal, iaitu
i) Langit mendung
ii) Hujan pun turun
4)      Ayat 1(c) juga terbit daripada dua ayat tunggal, iaitu
i) Budak itu sakit gigi
ii) Budak itu menangis
5)      Ayat majmuk gabungan boleh juga terbentuk daripada dua ayat tanpa penggunaan kata hubung apabila predikatnya berlainan. Contohnya:
a)      Orang tua itu ke hutan mencari rotan
b)      Jalan itu tinggi rendah
c)      Rumah itu ranap dihenpap pokok
6)      Ayat 5(a) terbit daripada dua ayat tunggal, iaitu
i) Orang tua itu ke hutan
ii) Orang tua itu mencari rotan
7)      Ayat 5(b) terbit daripada dua ayat tunggal, iaitu
i) Jalan itu tinggi
ii) Jalan itu rendah
8)      Ayat 5(c) terbit daripada dua ayat tunggal, iaitu
i) Rumah itu ranap
ii) Rumah itu dihempap pokok
9)      Dua ayat tunggal boleh juga digabungkan dengan menggunakan kata hubung berpasangan seperti baik…mahupun, bukan saja…tetapi juga, main…makin, dan sebagainya. Contohnya:
a)      Baik abang mahupun kakak tidak dapat menjawab soalan itu
b)      Gadis itu bukan saja cantik tetapi juga lemah lembut
c)      Ali bukan saja pandai bermain badminton bahkan juga pandai bermain bola sepak
d)      Sungguhpun lelaki itu kaya namun dia tidak sombong

Tahun 4,5 & 6 (Cakap Ajuk & Cakap Pindah)


Cakap Ajuk & Cakap Pindah
1)      Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dalam bentuk ayat tanpa mengubah maksud asalnya
2)      Dalam penulisan, cakap ajuk harus disertai tanda petik (“…”). Contohnya:
a)      “Saya sudah makan” kata Ali kepada emaknya
b)      Pesan emak kepada kakak. “Berbelanjalah dengan cermat.”
3)      Cakap ajuk terbahagi kepada empat jenis, iaitu
a)      Cakap ajuk jenis ayat penyata. Contohnya:
i)  “Saya berasa gembira,” kata Ali kepada Ahmad
ii)  “Inilah adik saya,” kata Surah kepada Keong
b)      Cakap ajuk jenis ayat perintah. Contohnya:
i)     “Silalah menjamu selera,” kata ayh kepada para tetamu
ii)  “Tolong tutup makanan itu,” kata emak kepada saya
c)      Cakap ajuk jenis ayat seruan. Contohnya:
i)     “Wah, besarnya rumah kamu!” kata Ali kepada Anis
ii)  “Pergi engkau dari sini!” tengking orang kaya kepada pengemis tua itu
d)      Cakap ajuk jenis ayat tanya. Contohnya:
i)     “Mengapakah tangan kamu berbalut?” tanya Ali kepada Ahmad
ii)  “ibu bapa kamu di kampung bagaimana?” tanya Ali kepada Ahmad
4)      Cakap pindah pula ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan ayat lain tanpa mengubah maksud asalnya
5)      Cakap pindah tidak menggunakan tanda petik (“…”). Contohnya:
a)      Ali memberitahu emaknya bahawa dia sudah mandi
b)      Emak berpesan kepada kakak supaya berbelanja dengan cermat
6)      Perhatikan perbezaan antara bentuk-bentuk cakap ajuk dengan cakap pindah:
Cakap Ajuk
Cakap Pindah
“Gadis yang berbaju merah itu sepupu saya,” kata Ali kepada Ahmad
Ali memberitahu Ahmad bahawa gadis yang berbaju merah itu adalah sepupunya
“Siapkan latihan Matematik ini sebelum waktu rehat,” kata Cikgu Ali kepada murid-muridnya
Cikgu Ali menyuruh murid-muridnya menyiapkan latihan Matematik itu sebelujm watku rehat
Ali bertanya, “mengapa kamu sedih, Ahmad?”
Ali bertanya kepada Ahmad sebab dia sedih
7)      Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, ada beberapa perkara yang perlu diubah atau diberi perhatian
Kelas Kata
Cakap Ajuk
Cakap Pindah
Kata ganti diri
~ aku, saya, hamba, patik
~ kami,kita
~ beta
~ anda,awak,kamu,engkau
~ dia,ia,nya,beliau
~ mereka
~ baginda
~ saya,dia,nya
Kata ganti tempat
~ sini
~ situ,sana,tempat itu
Kata ganti tunjuk
~ ini
~ itu
Kata keterangan cara
~ Demikian ini
~ begini
~ demikian tiu
~ begitu
Kata keterangan masa
~ sekarang
~ malam tadi
~ semalam
~ hari ini
~ tadi
~ esok
~ masa itu, ketika itu
~ malam semalamnya
~ semalamnya
~ hari itu
~ ketika itu
~esoknya,keesokan harinya, hari itu
8)      Cakap ajuk jenis ayat perintah dan cakap ajuk jenis ayat seruan tidak boleh dipindahkan bentuknya mengikut bentuk yang asal. Contohnya:
Cakap Ajuk
Cakap Pindah
Salah
Betul
“Tolong bawakan saya segelas air,” kata ayah kepada emak
Ayah berkata kepada emak tolong bawakannya segelas air
Ayah meminta emak supaya membawakannya segelas air
“Ah, aku tidak peduli kata-katamu itu!” kata Ali dengan marahnya
Ali berkata dengan marahnya, ah, dia tidak peduli akan kata-katanya itu
Dengan marahnya Ali berkata bahawa dia tidak peduli akan kata-katanya itu
“Jangan pijak rumput itu,” kata Cikgu Ali kepada murid-muridnya
Cikgu Ali berkata kepada murid-muridnya jangan pijak rumput itu
Cikgu Ali melarang murid-muridnya supaya tidak memijak rumput itu

Thursday 11 August 2011

Tahun 4,5 & 6 (Ayat Aktif & Pasif)


Ayat Aktif & Ayat Pasif
Ayat Aktif
1)    Ayat aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek sebagai pelaku dan objek sebagai penderita
2)    Dalam ayat aktif, kata kerjanya berawalan men-. Contohnya:
a)      Ayah memcuci kereta
b)      Ketua murid menaikkan benderea sekolah
c)      Ibu membasuh baju

Ayat Pasif
1)      Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek sebagai unsure yang diterangkan
2)      Ayat pasif tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua. Contohnya:
a)      Semak samun itu saya tebas
b)      Buku-buku itu perlu kamu baca
3)      Ayat pasif ada yang berawalan di- dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga. Contohnya
a)      Kereta dicuci oleh ayah
b)      Bendera sekolah dinaikkan oleh ketua murid
c)      Baju dibasuh oleh ibu
4)      Ayat pasif terbahagi kepada tiga, iaitu:
a)      Ayat pasif diri pertama
b)      Ayat pasif diri kedua
c)      Ayat pasif diri ketiga
5)      Ayat pasif diri pertama ialah ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya
6)      Kata ganti diri pertama aku boleh disingkatkan menjadi ku- dan hendaklah dicantumkan pada kata kerja pasif. Contohnya:
a)      kek itu kupotong
b)      wang itu kusimpan
7)      Kedua-dua ayat aktif dan pasif diri pertama membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza. Contohnya
Ayat Aktif
Ayat Pasif
a) Saya merendam baju itu
a) Baju itu saya rendam
b) Kami memasuki pondok itu
b) Pondok itu kami masuki
c) Aku akan pergi ke sana
c) Ke sana akan aku pergi
d) Kita perlu menyelesaikan masalah itu
d) Masalah itu perlu kita selesaikan
e) Saya membeli sebuah basikal
e) Sebuah basikal saya beli

8)      Ayat pasif diri kedua ialah ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri kedua seperti anda, engkau, awak, kamu, dan sebagainya
9)      Kata ganti diri kedua engkau boleh disingkatkan menjadi kau- dan hendaklah dicantumkan pada kata kerja pasif. Contohnya:
a)      Wang itu kausimpan
b)      Kek itu kaupotong
10)   Kedua-dua ayat aktif dan pasif diri kedua membawa maksud yang sama     walaupun bentuknya berbeza. Contohnya
Ayat Aktif
Ayat Pasif
a) Anda perlu mengisi boring itu
a) Borang itu perlu anda isi
b) Kamu mesti menyiapkan tugasan itu
b) Tugasan itu mesti kamu siapkan
c) Engkau harus menyampaikan pesanan itu
c) Pesanan itu harus engkau sampaikan
d) Awak perlu menaip surat itu
d) Surat itu perlu awak taip
e) Kalian perlu membersihkan tempat ini
e) Tempat ini perlu kalian bersihkan

11)  Ayat pasif diri ketiga ialah ayat yang kata kerjanya berawalan di- dan diikuti kata sendi serta kata ganti diri ketiga seperti ia, beliau, baginda, dan sebagainya
12)  Kata sendi oleh boleh ada dan boleh tiada sesudah kata kerja pasif diri ketiga. Contohnya
a)      Pokok pisang itu ditanam oleh Ali
b)      Pokok pisang itu ditanam Ali
13)  Kedua-dua ayat aktif dan pasif diri ketiga membawa maksud yang sama     walaupun bentuknya berbeza. Contohnya
Ayat Aktif
Ayat Pasif
a) Ayah menebas semak samun di belakang rumah
a) Semak samun di belakang rumah sudah ditebas oleh ayah
b) Dia sedang menjahit baju yang koyak itu
b) Baju yang koyak itu sedang dijahit olehnya
c) Beliau Akan Merasmikan acara sukan itu
c) Acara sukan itu akan dirasmikan oleh beliau
d) Baginda meminta rakyat supaya bersatu padu
d) Rakyat diminta oleh baginda supaya bersatu padu
e) Mereka sedang membaiki jambatan yang rosak itu
e) Jambatan yang rosak itu sedang dibaiki oleh mereka

Tahun 4,5 & 6 (Ayat Seruan)

Ayat Seruan
1)      Ayat seruan ialah ayat yang disertai kata seru seperti aduh, amboi, eh, ah, wah, wahai, oh, cih, dan sebagainya serta diakhiri tanda seru (!). Contohnya
Kata Seru
Ayat Seruan
Aduh
1)  Aduh, sakitnya perutku!
2)  Aduh, cantiknya lukisan ini!
Aduhai
1)      Aduhai, malang sungguh nasibku!
2)      Aduhai, sampai begini sekali nasib kita!
Ah
1)      Ah, alangkah leganya hatiku!
2)      Ah, Aku tidak mahu!
Cih/Cis
1)      Cih, tak tahu malu!
2)      Cis, berani kamu main aku!
Eh
1)      Eh, kamu rupa-rupanya yang dating!
2)      Eh, kamu pun ada di sini!
Hai
1)      Hai, lama kita tidak berjumpa!
2)      Hai, nama saya Ali!
Nah
1)      Nah, inilah yang kunanti-nantikan!
2)      Nah, ambil pensel ini!
Oh
1)      Oh, sanggup kamu berbuat begitu!
2)      Oh, baru aku teringat!
Wah
1)      Wah, besarnya rumah kamu!
2)      Wah, tingginya bangunan itu!
Wahai
1)      Wahai saudaraku, mengapa termenung!
2)      Wahai adik-adikku, patuhilah nasihat ibu bapa kita!
3)      Ada katanya kata seru tidak disertai kata seru tetapi diakhiri tanda seru (!). Contohnya
a)      Syabas!
b)      Tahniah!
c)      Selamat dating!

Tahun 4,5 & 6 (Ayat Perintah & Larangan)

Ayat Perintah & Ayat Larangan
1)      Ayat perintah ialah ayat yang digunakan utnuk menyuruh atau memerintah seseorang supaya melakukan sesuatu atau berbuat sesuatu
2)      Dalam ayat perintah predikatnya dipentingkan dan dikedepankan. Oleh itu, ayat perintah ialah ayat songsang kerana subjeknya di belakang dan predikatnya di depan
3)      Ada dua jenis ayat perintah, iaitu ayat perintah aktif dan ayat perintah pasif
4)      Ayat perintah aktif terdiri daripada ayat penyata biasa dengan kata kerja transitif. Contohnya
Subjek
Predikat
Pergilah
Anda
Berdirilah
Engkau
Menarilah
Kamu
5)      Dalam ayat perintah aktif di atas, kata ganti diri kedua yang menjadi subjek boleh dilenyapkan
6)      Dengan demikian, terbentuklah ayat perintah atau ayat suruhan yang berikut:
a)      pergilah
b)      berdirilah
c)      menarilah
2)      Apabila di dalam ayat perintah terdapat frasa kerja pasif dan subjeknya pula menjadi penderita maka ayat perintah tersebut dikenali sebagai ayat perintah pasif. Contohnya
a)      Bacalah surat ini
b)      Jangan ganggu adik kamu
c)      Usahlah kamu menderhaki ibu bapamu

Ayat Larangan
1)      Ayat larangan ialah ayat yang digunakan untuk melarang seseorang daripada melakukan sesuatu
2)      Ayat larangan terbahagikepada dua, iaitu ayat larang aktif dan ayat larangan pasif
3)      Ayat larangan aktif terbit daripada ayat-ayat aktif. Contohnya
a)      Jangan pergi
b)      Tak usah mengingkari perintah Tuhan
c)      Usahlah termenung
4)      Ayat larangan pasif pula terbit daripada ayat-ayat pasif. Contohnya
a)      Jangallah ganggu adikmu
b)      Tak usah kamu mempercayai kata-kata dia
c)      Usahlah kaubiarkan adik kamu menangis