Thursday, 11 August 2011

Tahun 4,5 & 6 (Ayat Nafi)


Ayat Nafi
1)      Ayat nafi ialah ayat yang disertai kata nafi bukan dan tidak atau tak
2)      Bukan digunakan untuk membentuk ayat nafi daripada ayat positif apabila frasa nama menjadi predikatnya. Contohnya

Ayat Positif
Subjek
Predikat
Wanita itu
Setiausaha
Itu
Televisyen
Serangga ini
nyamuk

Ayat Negatif
Subjek
Predikat
Wanita itu
bukan setiausaha
Itu
bukan televisyen
Serangga ini
bukan nyamuk

3)      Kata nafi tidak atau tak dapat digunakan untuk membentuk ayat nafi daripada ayat positif yang predikatnya terdiri daripada frasa adjektif atau frasa nama atau frasa sendi. Contohnya

Ayat Positif
Subjek
Predikat
Parang ini
Tajam
Kotak itu
Ringan
Dia
Berjalan
Ayah
Membasuh baju

Ayat Negatif
Subjek
Predikat
Parang ini
Tidak tajam
Kotak itu
Tidak ringan
Dia
Tidak berjalan
Ayah
Tidak membasuh baju

4)      Kata nafi bujan atau tidak dapat digunakan menurut kesesuaiannya untuk membentuk ayat nafi yang predikatnya terdiri daripada frasa sendi. Contohnya
a)      Encik Ali tidak ke sini
b)      Genting bukan di Johor
c)      Baju ini bukan untuk kamu

No comments:

Post a Comment

Post a Comment