Thursday 11 August 2011

Tahun 4,5 & 6 (Ayat Tanya)


Ayat Tanya
1)      Ayat yang digunakan untuk menanya seseorang atau menanya sesuatu
2)      Ayat Tanya ditandai dengan tanda Tanya (?) pada akhir ayat itu
3)      Ayat Tanya terbahagi kepada
a)      Ayat Tanya yang disertai kata Tanya seperti, apa, bagaimana, berapa, bila, mana, siapa dan mengapa
b)      Ayat Tanya yang tidak disertai kata Tanya
4)      Contoh ayat Tanya yang disertai kata Tanya ialah:
a)      Benda itu apa?
b)      Harganya berapa?
c)      Lelaki itu siapa?
d)      Keluarga kamu bagaimana?
e)      Ali di mana?
5)      Contoh ayat tnaya yang tidak disertai kata Tanya ialah:
a)      Benda ini papan?
b)      Harganya lima ringgit?
c)      Lelaki itu pak cik kamu?
d)      Ali dari Selangor?
e)      Mereka berani?
6)      Ayat-ayat diatas adalah ayat-ayat Tanya biasa yakni ayat-ayat yang subjeknya didahulukan dan predikatnya dikemudiankan

Ayat Tanya Songsang
1)      Ayat Tanya songsang ialah lawan kata ayat Tanya biasa
2)      Ayat Tanya songsang ialah ayat yang predikatnya didahulukan dan subjeknya kemudiankan
Subjek
Predikat
Siapa
Budak itu?
Dari manakah
Anda?
Dimanakah
Ali?
Untuk siapakah
Baju ini?
3)      Partikel –kah pada predikat di atas dikenali sebagai partikel pementing predikat
4)      Apabila predikat dipentingkan dengan partikel –kah maka letaknya mestilah di depan dan dengan demikian ayatnya menjadi ayat songsang
5)      Ayat songsang terbahagi ialah ayat songsang yang predikatnya terbahagi, iaitu satu di depan dan satu lagi di belakang dan subjeknya di tengah
Predikat
Subjek
Predikat
Bagaimanakah
Dia
Dating?
Bilakah
Novel itu
Akan dating?
Mengapakah
Kamu
Sedih?
6)      Predikat yang disertai kata –kah didahulukan dan predikat yang tidak disertai kata –kah dikumudiankan

No comments:

Post a Comment