Thursday 4 August 2011

Tahun 4,5 & 6 (Pembinaan Ayat)


Pembinaan Ayat
Ayat Inti (FN+FN)
1)      Ayat yang mempunyai polo FN+FN ialah ayat yang subjeknya frasa nama dan predikatnya pun frasa nama. Contohnya
Subjek (Frasa Nama)
Predikat (Frasa Nama)
Ini
Baju
Haiwan ini
Kucing
Itu
Kereta
Beliau
Perdana Menteri
Dua orang itu
Pelayan
2)      Semua kata dalam ayat di atas termasuklah dalam kelas kata nama, iaitu
a)      ini, itu (Kata ganti tunjuk)
b)      haiwan – kucing, orang, buku, pelayan (Kata nama am)
c)      Perdana Menteri (Kata nama khas)
d)      Beliau (Kata ganti diri ketiga)
e)      Dua (Kata bilangan)
3)      Semua kata nama yang dsapat bertugas sebagai subjek atau predikat dalam sesuatu ayat merupakan frasa nama. Contohnya
a)      ini – haiwan ini, itu, beliau dan dua orang itu bertugas sebagai subjek
b)      Baju, kucing, kereta, Perdana Menteri dan pelayan bertugas sebagai predikat
Ayat Inti (FN+FS)
1)      Ayat yang mempunyai polo FN+FS ialah ayat yang subjeknya frasa nama dan predikatnya kata sendi. Contohnya
Subjek (Frasa Nama)
Predikat (Frasa Sendi)
Ali
dari Pulau Pinang
Sekolah itu
di bandar Georgetown
Ahmad
ke kedai
Seminar itu
tentang kesihatan diri
Baju ini
untuk ibu
2)      Frasa sendi merupakan gabungan kata sendi dengan kata nama. Contohnya
Kata Sendi



  +
Frasa Nama



  =
Frasa Sendi

Dari
Di
Ke
Tentang
Untuk

Pulau Pinang
Bandar Georgetown
Kedai
Kesihatan diri
ibu

dari Pulau Pinang
di bandar Georgetown
ke kedai
tentang kesihatan diri
untuk ibu

3)      Ada juga frasa sendi yang disertai kata nama arah
4)      Contohnya: depan, belakang, atas, bawah, kiri, kanan, selatan, utara, dan sebagainya
5)      Frasa sendi boleh juga didahului oleh kata Bantu
6)      Contohnya: akan, masih, pernah, dapat, hendak, ingin, mahu dan sebagainya

Ayat Inti (FN+FA)
1)      Ayat yang mempunyai polo FN+FA ialah ayat yang subjeknya frasa nama dan predikatnya frasa adjektif. Contohnya
Subjek (Frasa Nama)
Predikat (Frasa Adjektif)
Bangunan ini
Tinggi
Anak kucing itu
Comel
Sawah ity
Luas
Sayur peria itu
Pahit
Ali
Kurus
2)      Frasa adjektif juga disertai kata penguat. Contohnya amat, sangaty, paling
3)      Ada penguat yang terletak di depan kata adjektif dan ada yang terletak hanya di belakang kata adjektif. Contohnya: paling cantik dan tebal sekali
4)      Ada juga penguat yang bebas. Contohnya: amat gelap atau gelap amat
5)      Kata adjektif boleh juga diimbuhi awalan ter-. Contohnya: terbesar, tercantik, terindah dan sebagainya
6)      Kata adjektif juga boleh disertai kata Bantu yang terletak di depan. Contohnya: akan maju, belum besar, boleh bebas, dan pernah kecewa
7)      Frasa adjektif dapat diluaskan juga dengan cara menambahkan frasa sendi. Contohnya:
Subjek (FN)
Predikat (FN)
Frasa Adjektif
Frasa Sendi
Saya
gemar
akan nasi lemak
Pendekar itu
berani sungguh
bagaikan singa
Tokyo
jauh sekali
dari sini
Dia
sangat layak
untuk jawatan itu

Ayat Inti (FN+FK)
1)      Ayat yang mempunyai polo FN+FK ialah ayat yang subjeknya frasa nama dan predikatnya frasa kerja. Contohnya:
Subjek (Frasa Nama)
Predikat (Frasa Kerja)
Matahari
Terbit
Mereka
Bermain
Bayi itu
Menangis
Daun-daun
Berguguran
2)      Semua kata yang predikat dalam ayat di atas adalah kelas kata kerja tak transitif
3)      Kata kerja tak transitif pada umumnya dapat berdiri dengan maknanya yang lengkap tanpa objek kecuali yang berapitan dengan ber…kan
Subjek (Frasa Nama)
Predikat (Frasa Kerja)
Abang
Mengecat pintu
Mereka
Mendirikan khemah
Cikgu Tan
Menasihati kami
Ali
Mempelajari ilmu agama
4)      Semua kata yang predikat dalam ayat di atas adalah kelas kata kerja transitif
5)      Frasa kerja ini terdiri daripada kata kerja transitif yang disertai frasa nama sebagai objek.

No comments:

Post a Comment