Thursday, 11 August 2011

Tahun 4,5 & 6 (Ayat Aktif & Pasif)


Ayat Aktif & Ayat Pasif
Ayat Aktif
1)    Ayat aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek sebagai pelaku dan objek sebagai penderita
2)    Dalam ayat aktif, kata kerjanya berawalan men-. Contohnya:
a)      Ayah memcuci kereta
b)      Ketua murid menaikkan benderea sekolah
c)      Ibu membasuh baju

Ayat Pasif
1)      Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek sebagai unsure yang diterangkan
2)      Ayat pasif tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua. Contohnya:
a)      Semak samun itu saya tebas
b)      Buku-buku itu perlu kamu baca
3)      Ayat pasif ada yang berawalan di- dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga. Contohnya
a)      Kereta dicuci oleh ayah
b)      Bendera sekolah dinaikkan oleh ketua murid
c)      Baju dibasuh oleh ibu
4)      Ayat pasif terbahagi kepada tiga, iaitu:
a)      Ayat pasif diri pertama
b)      Ayat pasif diri kedua
c)      Ayat pasif diri ketiga
5)      Ayat pasif diri pertama ialah ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya
6)      Kata ganti diri pertama aku boleh disingkatkan menjadi ku- dan hendaklah dicantumkan pada kata kerja pasif. Contohnya:
a)      kek itu kupotong
b)      wang itu kusimpan
7)      Kedua-dua ayat aktif dan pasif diri pertama membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza. Contohnya
Ayat Aktif
Ayat Pasif
a) Saya merendam baju itu
a) Baju itu saya rendam
b) Kami memasuki pondok itu
b) Pondok itu kami masuki
c) Aku akan pergi ke sana
c) Ke sana akan aku pergi
d) Kita perlu menyelesaikan masalah itu
d) Masalah itu perlu kita selesaikan
e) Saya membeli sebuah basikal
e) Sebuah basikal saya beli

8)      Ayat pasif diri kedua ialah ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri kedua seperti anda, engkau, awak, kamu, dan sebagainya
9)      Kata ganti diri kedua engkau boleh disingkatkan menjadi kau- dan hendaklah dicantumkan pada kata kerja pasif. Contohnya:
a)      Wang itu kausimpan
b)      Kek itu kaupotong
10)   Kedua-dua ayat aktif dan pasif diri kedua membawa maksud yang sama     walaupun bentuknya berbeza. Contohnya
Ayat Aktif
Ayat Pasif
a) Anda perlu mengisi boring itu
a) Borang itu perlu anda isi
b) Kamu mesti menyiapkan tugasan itu
b) Tugasan itu mesti kamu siapkan
c) Engkau harus menyampaikan pesanan itu
c) Pesanan itu harus engkau sampaikan
d) Awak perlu menaip surat itu
d) Surat itu perlu awak taip
e) Kalian perlu membersihkan tempat ini
e) Tempat ini perlu kalian bersihkan

11)  Ayat pasif diri ketiga ialah ayat yang kata kerjanya berawalan di- dan diikuti kata sendi serta kata ganti diri ketiga seperti ia, beliau, baginda, dan sebagainya
12)  Kata sendi oleh boleh ada dan boleh tiada sesudah kata kerja pasif diri ketiga. Contohnya
a)      Pokok pisang itu ditanam oleh Ali
b)      Pokok pisang itu ditanam Ali
13)  Kedua-dua ayat aktif dan pasif diri ketiga membawa maksud yang sama     walaupun bentuknya berbeza. Contohnya
Ayat Aktif
Ayat Pasif
a) Ayah menebas semak samun di belakang rumah
a) Semak samun di belakang rumah sudah ditebas oleh ayah
b) Dia sedang menjahit baju yang koyak itu
b) Baju yang koyak itu sedang dijahit olehnya
c) Beliau Akan Merasmikan acara sukan itu
c) Acara sukan itu akan dirasmikan oleh beliau
d) Baginda meminta rakyat supaya bersatu padu
d) Rakyat diminta oleh baginda supaya bersatu padu
e) Mereka sedang membaiki jambatan yang rosak itu
e) Jambatan yang rosak itu sedang dibaiki oleh mereka

No comments:

Post a Comment