Thursday 14 July 2011

Tahun 4,5 & 6 (Kata Keterangan)


Kata Keterangan
1)      Menerangkan kata adjektif dan kata kerja
2)      Contoh: Rumah saya agak jauh dari sini
3)      Terdapat pelbagai jenis
Kata Keterangan
Penggunaan
Contoh
Ayat Contoh
Cara / gaya
Menerangkan cara
begitu, begini, demikian, perlahan, cepat-cepat, lena
a)      Janganlah begitu nakal
b)      Buku harus disusun begini
c)      Memang demikianlah cerita yang saya dengar
Masa / waktu
Menerangkan masa / waktu
akan, sedang, belum, telah, sekarang, sebentar, semalam
d)      Saya terasa mengantuk sekarang
e)      Saya belum makan lagi
f)        Kerja rumah sudah saya hantar semalam
Bantu
menerangkan sikap pada sesuatu pelakuan atau perasaan
akan, belum, kelak, masih, sedang, sebentar
g)      Adik belum tidur walau hari sudah larut malam.
h)      Kakak masih menuntut di Universiti Sains Malaysia
Tanya
menerangkan cara, keadaan, masa, dan sebab
bagaimana, bila, mengapa, apa, kenapa, siapa
i)        Bila kamu akan sampai?
j)        Apakah maksud kamu?
k)      Kenapakah kamu dating?
Darjah
menerangkan darjah kata adjektif
agak, amat, nian, paling, sangat
l)        Buku itu sangat mahal
m)    Baju itu agak cantik
Nafi
menafikan atau menyangkal
bukan, tak, atau tidak
n)      Buku itu bukan saya punya
o)      Saya tidak berkerlakuan jahat
Tak Tentu
menerangkan sesuatu yang belum pasti
agaknya, barangkali, entah-entah, mungkin
p)      Entah-entah dompet saya tercicir
q)      Mereka sudah sampai agaknya
Penegas
menyatakan penegasan
hanya, jua, saja, juga
r)       Saya hendak berehat
s)      Saya saja tanya
Kekerapan
menyatakan kekerapan berlakunya peristiwa
ering, selalu, sentiasa
t)        Saya sering sakit kepala
u)      Saya selalu ke rumahnya
Umum
menyatakan sesuatu secara umum
nyaris, langsung
v)      Pasu bunga itu nyaris terlepas daripada genggamannya.
w)    Kapl terbang itu terbang langsung dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment