Friday 15 July 2011

Tahun 4,5 & 6 (Kata Pemeri dan Kata Nafi)


Kata Pemeri
1)      Menceritakan atau memerikan subjek dalam sesuatu ayat
2)      Terdiri daripada kata adalah dan ialah
3)      Adalah terletak selepas frasa nma adjektif ata frasa sendi yang menjadikan predikat ayat
4)      Ialah terletak selepas frasa nama yang menjadi subjek ayat
5)      Contoh
a)      kereta itu adalah hadiah dari bapa saya
b)      Kami ialah anak kembar Encik Ali dan Puan Siti

Kata Nafi
1)      Digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan
2)      Terdiri daripada kata bukan dan tidak
3)      Bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama
4)      Tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif
5)      Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara
6)      Contoh:
a)      Lelaki yang berbaju biru itu bukan ayah saya
b)      Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat
c)      Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar

No comments:

Post a Comment