Thursday, 7 July 2011

Tahun 4,5 & 6 (Kata Ganti Nama)

Kata Ganti Nama
1.0)            Kata Ganti Diri Pertama
1.1)            terbahagi kepaada dua bahagian iaitu tunggal dan jamak.
1.2)            Tunggal – merujuk kepada diri sendiri.
1.3)            Jamak – merujuk kepada diri sendiri bersama-sama dengan orang lain
Kata Ganti Diri Pertama
Kegunaan
Contoh
Aku
Digunakan apabila bercakap dengan kawan atau Tuhan
a)      Aku pergi dahulu
b)      Ya Allah, aku sudah insaf
Beta
Digunakan oleh raja atau sultan apabila bercakap dengan rakyat
c)      Beta berharap segala akan berjalan dengan lancer
Patik
Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan
d)  Patik Menjunjung perintah Tuanku
Saya
Digunakan apabila bercakap dengan orang lain atau baru dikenali
e)  Saya baru berpindah ke sini
Kata Jamak


Kami
Digunakan kepada diri sendiri berserta teman apabila bercakap dengan orang lain
f)   Kami diarahkan oleh guru untuk membersihkan kawasan sekolah kata Ali dan Ahmad kepada Abu
Kita
Digunakan kepada diri sendiri dan serta orang lain
g)   Kita harus ke sana dengan segera

 2.0)            Kata Ganti Diri Kedua
2.1)            Merujuk kepada orang kedua semasa bercakap dengan kita
2.2)            terbahagi kepaada dua bahagian iaitu tunggal dan jamak
Kata Ganti Diri Kedua
Kegunaan
Contoh
Anda
Digunakan kepada orang kedua apabila kita tidak berhadapan dengannya
a)      Saya berharap anda dapat menyelesaikan masalah itu
b)      Anda telah dipilih sebagai pelajar cemerlang.
Awak
Digunakan untuk orang kedua dalam hubungan rapat
c)      Saya hendak berjumpa dengan awak di taman
d)      Awak mesti hadir ke parti hari lahir saya
Engkau
Digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungan dengan kita atau Tuhan
e)      Engkau mahu dating ke rumah saya petang ini?
f)       Tuhan, hanya Engkaulah diri aku serahkan
Kamu
Digunakan untuk orang kedua yang rapat hubungan dengan kita
g)      Kamu memang hebat
Tuanku
Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan
h)      Patik menjunjung segala titah Tuanku
Kata Jamak


Kalian
Digunakan semasa beberapa orang diajak bercakap
i)  “Kalian hendak ke mana?” tanya Ali kepada kawannya

3.0)            Kata Ganti Diri Ketiga
3.1)            Merujuk kepada orang ketiga
3.2)            Setiap ganti diri ketiga harus digunakan dengan betul
Kata Ganti Diri Ketiga
Kegunaan
Contoh
Baginda
Digunakan untuk raja atau sultan
a) Baginda sudah mangkat
Beliau
Digunakan untuk orang ketiga yang dihormati
b) Beliau ialah guru sekolah saya
Dia
Digunakan untuk orang ketiga yang umun
c) Dia seorang yang rajin belajar
Ia
Digunakan dalam tulisan untuk orang ketiga
d) Ali ialag penagih dadah oleh itu, ia telah dihantar ke pusat pemulihan dadah
Kata Jamak


Mereka
Digunakan untuk orang ketiga yang bilangan lebih daripada seorang
e) Mereka telah memenangi pingat emas dalam acara bola keranjang

4.0)            Kata Ganti Diri Singkat
4.1)            aku – ku
4.2)            engkau – kau
4.3)            kamu – mu
4.4)            dia – ia atau nya
Kata Ganti Diri Singkat
Kedudukannya
Contoh
Kau
Di awal kata sahaja
a) pokok bunga yang kau tanam ini berbunga mekar
Ku
Di awal atau akhir kata
b) Akan kuhabiskan makanan ini
c) inilah maksudku 
Mu
Di akhir kata sahaja
d) Adakah kuih itu kepunyaanmu?
Nya
Di akhir kata sahaja
e) kucingnya sangat comel

5.0)            Kata Ganti Tanya
5.1)            Digunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda dan tempat
Kata Ganti Tanya
Kegunaan
Contoh
Apa
Digunakan untuk menanyakan nama binatang dan benda
a)      Apakah nama kucing kamu?
b)      Apakah benda itu?
c)      Nama binatang itu apa?
d)      Itu apa
Mana
Digunakan untuk menanykan manusia,binatang dan tempat
e)      Manakah kamu tinggal?
f)       Ibumu dari mana?
g)      Kucingmu mana?
h)      Di manakah tempat persiaran di kawasan kamu?
Siapa
Digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang
i)        Siapajah lelaki itu?
j)        Siapakah nama kamu?
Berapa
Digunakan untuk menanyakan bilangan
k)     Ikan ini berapa harga sekilo?
l)        Berapakah orang pergi nanti? 
Bagaimana
Digunakan untuk menanyakan cara atau keadaan
m)    Bagaimana keadaan kamu sekarang?
n)      Bagaimanakah hendak memasak kari sesedap ini?
Bila
Digunakan untuk menanyakan masa
o)      Bilakah kamu akan sampai
p)      Bilakah kamu akan membeli rumah?
Mengapa
Digunakan untuk menanyakan sebab
q)      Mengapakah mereka tidak membuat kerja rumah

6.0)            Kata Ganti Tempat
Kata Ganti Tempat
Kegunaan
Contoh
Sini
Digunakan untuk tempat yang dekat
a) Di sini bola itu berada
Sana
Digunakan untuk tempat yang jauh
b) Di sana ialah rumah Amir
Situ
Digunakan untuk tempat yang jauh, tetapi tidak sejauh sana
c) Di situ ialah rumah saya

7.0)            Kata Ganti Tunjuk
Kata Ganti Tunjuk
Contoh
Ini
a) Ini buah oren
Itu
b) Itu rumah saya
Penentu akan diletakan di belakang kata nama
c)      Kami tinggal di rumah ini
d)      Bunga itu

No comments:

Post a Comment