Friday 8 July 2011

Tahun 4,5 & 6 (Kata Sendi)


Kata Sendi
1)      Kata sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama
2)      Kata sendi merupakan kata yang merangkaikan kata anam atau frasa nama di belakang dengan kata frasa lain di depan
3)      Contoh
Kata Sendi
Kegunaan
Contoh
Akan/kepada/ terhadap
Menunjukkan perasaan atau sikap
a)            Asik suka akan masakkan ibu
b)            Ibu saying kepada kami
c)            Kita harus hormat terhadap guru
Di
Digunakan untuk tempat
d)            Saya sedang makan di kantin sekolah
Ke
Digunakan untuk tempat atau benda konkrit
e)            Saya ke rumah Ali
f)              Barang itu dicampakkan ke lantai
Dari
Digunakan untuk tempat atau masa
g)            Saya berasal dari Pulau Pinang.
h)            Latihan akan dijalankan dari pukul 5:00 petang
Daripada
Digunakan untuk orang, perbandingan, asal   kejadian dan keanggotaan
i)              Hadiah itu daripada kakak
j)              Seluar ini lebih cantik daripada seluar itu
k)            Bunga itu diperbuat daripada kain
l)              Kumpulan perompak senjata api itu terdiri   daripada empat orang anggota.
Bagi/ Untuk
Digunakan untuk membezakan sesuatu
m)          Soalan Bahasa Melayu mudah bagi saya
n)            Saya membeli buku itu untuk umembuat rujukan
Pada
Digunakan untuk masa, orang, benda dan binatang
o)            Kita akan sampai pada pukul lapan malam
p)            Saya menyapu marjerin pada roti
Demi
Digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud tujuan
q)            Demi masa depan, mari kita belajar bersungguh-sugguh
 Tentang
Digunakan untuk menyatakan makna
r)             Perdana Menteri membincangkan tentang masalah Negara
Seperti/
Umpama/
Laksana/ Bagai/ Bak


Digunakan untuk persamaan atau dalam peribahasa
s)             Kasih saying adik-beradik bagai air dicencang tidak akan putus
Dengan
Digunakan untuk menyatakan maksud bersama-sama atau serta, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat.
t)              Saya bermain dengan adik di taman
Sejak/ Semenjak
Digunakan untuk menyatakan makna bermula atau masa tertentu
u)            Kehidupannya susah sejak/ semenjak kematian ibubapanya
Oleh
  Digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter-
v)            Sup itu di masak oleh ibu
w)          Askar terpengaruh oleh kata kata ketuanya
Hingga/ Sampai
digunakan untuk peringkat masa atau had tertentu
x)            Ali belajar hingga/sampai ke peringkat universiti
Dalam / Antara
Digunakan untuk menyatakan pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak.
y)            Kami setuju dalam hal itu
z)             Perbincangan itu adalah di antara mereka adik-beradik

No comments:

Post a Comment