Thursday 28 July 2011

Tahun 4,5 & 6 (Kata Ganda)

Kata Ganda
Kata Ganda Seluruh
1)      Digunakan pada kata dasar yang diulang atau digandakan seluruhnya
Contoh bunga – bunga-bungaan
2)      mesti diberi tanda sempang (-)
3)      menyatakan makna
a)      Jamak atau banyak Contoh buku-buku, batu-batu, bintang-bintang
b)      Tunggal atau satu Contoh anai-anai, oleh-oleh
c)      Banyak yang bersifat Contoh mahal-mahal, murah-murah, merah-merah
d)      Menguatkan keterangan Contoh sunguh-sungguh, baik-baik

Senarai Kata Ganda Seluruh
Jenis
Kata Ganda Seluruh
Contoh
Kata Nama
Anai-anai, gula,gula, mata-mata, rama-rama, kanak-kanak, kura-kura, labah-labah, laying-layang
a)      Labah-labah itu sedang membuat sarang
b)      Layang-layang terbang tinggi

Kata Adjektif
Besar-besar, cantik-cantik, mahal-mahal, murah-murah, sihat-sihat, tebal-tebal
c)      Rumah disitu besar-besar
d)      Makanan itu enak-enak
Kata Kerja
Baring-baring, duduk-duduk, makan-makan, tidur-tidur
e)      Abang baring-baring selepas makan
Kata Keterangan
Betul-betul, erat-erat, hampir-hampir, jarang-jarang, pagi-pagi, malanm-malam, renyai-renyai
f)        Pagi-pagi ibu sudah bangun
g)      Hujan turn renyai-renyai
Kata Nama Terbitan
Pemberita-pemberita, soalan-soalan
h)      Pemberita-pemberita berkumpul didewan persidangan semasa kerajaan mengadakan persidangan

 Kata Ganda Separa
1)      Terbentuk dengan cara menyingkatkan bahagian pertama daripada kata ganda selurih
2)      Menyataka makna
a)  Jamak atau banyak Contoh dedaun, geguli
b)  Tunggal atau satu Contoh lelabu, pepijat
c)   Menyerupai sesuatu Contoh kekuda, bebola, sesiku

Senarai Kata Ganda Separa
Senarai Kata Ganda Separa
Contoh
Bebalai,bebarau,bebawang,bebenang,
bebola,bebotok,bebuli,bebuluh,
cecair,cecawi,cecekak,dedali,dedalu,
dedamak,dedaru,dedawai,dedaun,dedaup,
gegasing,gegendang,jejaka,jejala,jejamong,
jejamu,jejari,jejentik,jejuang,kekabu,
kekacang,kekapas,kekara,kekepuk
,kekili,kekisi,kekunci,lelabah,lelabu,lelabi,
lelada,lelaki,lelayang,leletup,lelumba,memaya,
pepanggil,peparu,pepejal,peperam,pepenjuru,
pepijat,pepuyu,rerambut,reriang,reribu,reruku,
sesagin,sesekat,sesendal,sesendi,sesentih,sesiku,
sesumpit,sesungut,tetamu,tetangga,tetuang,tetuban,
tetulang,tetupai,tetambak,tetingkat
a)      Pepatung itu hinggap di batang kayu
b)      Komputer itu tidak boleh digunakan kerana tetikusnya rosak
c)      Mereka bermain lelayang di padang
d)      Lelangit abang berdarah kerana tertusuk tulang

Kata Ganda Bersajak
1)      Kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima)
a)      Di pangkal – Contoh: batu-batan, lalu-lalang, keluh-kesah
b)      Di Hujung – Contoh: kuih-muih, comot-momot, segar-bugar
c)      Seluruhnya – Contoh: kusut-masai, rumput-rampai, huru-hara
2)      Kata ganda bersajak mesti disertai tanda sempang (-)

Senarai Kata Ganda Bersajak
Persamaan Bunyi
Kata Ganda Bersajak
Contoh
Di pangkal
Bengkang-bengkok, degap-degup, gerak-geri, dentam-dentum, desas-desus, gembar-gembur, jongkang-jongket, kayu-kayan, keluh-kesah, kembang-kempis, kenduri-kendara, lalu-lalang, lekak-lekuk, mandi-manda, remuk-redam, serda-serbi, sedu-sedan, sorak-sorai, tanah-tanih, beli-belah, corat-coret
a)      Gerak-geri mereka sudah lama diperhati oleh pihak polis
b)      Sorak-sorai orang ramai kendengaran apabila beliau selesai berucap
c)      Ramai orang yang lalu-lalang di jalan ini apabila musim perayaan
d)      Ada desas-desus bahawa beliau akan meletakkan jawatan
e)      Mereka mandi-manda di kawasan sungai itu
Di hujung
Awan-gemawan, calar-balar, carut-marut, cerai-berai, comot-momot, cirit-birit, gilang-gemilang, kaya-raya, karut-marut, kuih-muih, lauk-pauk, pindah-randah, punah-ranah, ramah-tamah, saki-baki, sayur-mayur, segar-bugar, serta-merta, terang-benderang, tunggang-lalang, turun-temurun, anak-pinak. Warna-warni, gelap-gelita
f)        Buah-buahan yang baru dipetik itu segar-bugar belaka
g)      Adik-beradiknya ramah-tamah belaka
h)      Kuih-muih itu sedap-sedap balaka
i)        Cerita karut-marut itu hanya untuk menakutkan orang
Seluruhnya
Beras-petas, bolak-balik, compang-camping, dolak-dalih, gopoh-gapah, gunung-ganang, bukit-bukau, gundah-gulana, hari-biru, hiruk-pikuk, huyung-hayang, kacau-bilau, kusut-masai, kumat-kamit, lambat-laun, lintang-pukang, mundar-mandir, pontang-panting, porak-peranda, rempah-ratus, riuh-rendah, rumput-rampai, suku-sakat, sunyi-sepi, tindak-tanduk, ulang-alik, huru-hara, tungkus-lumus, saudara-mara, kejar-mengejar, tawar-menawar, kata-mengata, semak-samun
j)        Rempah-ratus diperlukan untuk memasak nasi tomato
k)      Mulut ibu kumat-kamit membaca doa
l)        Perasaan Ali Gundah-gulana setelah gagal dalam peperiksaan
m)    Abangh ulang-alik ke pejabat dengan menunggang motosikal
n)      Ali gopoh-gapah berlari ke sekolah setelah bangun lewat

Kata Ganda Berimbuhan
1)      Kata ganda yang diberi imbuhan
2)      Kata ganda berimbuhan mesti disertai tanda sempang (-)
3)      Boleh diletakkan
a)      Di awal
b)      Di akhir
c)      Di awal dan di akhir (apitan)
d)      Di tengah sebagai sisipan

Senarai Kata Ganda Berimbuhan
Persamaan Bunyi
Kata Ganda Bersajak
Contoh
Awalan
Berangan-angan, berbaik-baik, berbual-bual, berderet-deret, berduyun-duyun, berlari-lari, berlumba-lumba, berhati-hati-bertukar-tukar, berturut-turut, melihat-lihat, meminta-minta, memicit-micit, menyebut-nyebut, menari-nari, mengiau-giau, terburu-buru, tergagap-gagap, tergesa-gesa, terkelip-kelip, terikut-ikut, tersenyum-ssenyum, terbahak-bahak, tertanya-tanya, tercengang-cengang, terkaku-kaku
a)        Adik ketawa terbahak-bahak apabila menonton program Raja Lawak itu
b)        Dalam perbincangan ini, murid-murid berpeluang bertukar-tukar pendapat
c)        Puan Aminah memicit-micit kepalanya yang sakit
d)        Lampu pelita itu terkelip-kelip lalu padam
e)        Hujan lebat turun selama dua hari berturut-turut

Akhiran
Besar-besaran, baru-baruan, biji-bijian, buah-buahan, sayur-sayuran, bunga-bungaan, harum-haruman, wangi-wangian, hidup-hidupan, kaya-kayuan, kecil-kecilan, mudah-mudahan, orang-orangan, rupa-rupanya, tanam-tanaman, tumbuh-tumbuhan, ubat-ubatan, puji-pujian, rumah-rumahan, bau-bauan
f)          Bunga-bungaan  di taman itu cantik-cantik
g)        Wanita itu membeli sayur-sayuran di pasar pagi
h)        Gudang itu mengadakan jualan secara bwesar-besaran
i)          Abang menjual pelbagai barang keperluan secara kecil-kecilan
Apitan
Bersalam-salaman, bertolak-tolakan, berkejar-kejaran, berlari-larian, dahulu-mendahului, faham-memahami, harap-mengharapkan, hormat-menghormati, keanak-anakan, kebiru-biruan, kehijau-hijauan, kemerah-merahan, kehairan-hairanan, kehitam-hitaman, kekuning-kuningan, kemalu-maluan, lengkap-menglengkapi, mencarik-carikkan, nasihat-menasihati, sebaik-baiknya, selama-lamanya, selewat-lewatnya, ziarah-menziarahi, sehari-harian, bersorak-sorakan, kunjung-mengunjungi, melambat-lambatkan
j)          Rakyat Malaysia hidup hormat-menghormati
k)        Kami akan tiba selewat-lewatnya padapukul 8 malam
l)          Anak-anak kucing itu berkejar-kejaran di halaman rumah
m)      Dari jauh, pulau itu kelihatan kehijau-hijauan
n)        Mukanya kemerah-merahan apabila berlari di bawah matahari
Sisipan
Jari-jemari, gilang-gemilang, tali-temali, tulang-temulang, turun-temurun
o)        Majlis hari lahir anak hartawan itu berlangsung gilang-gemilang
p)        Ahli arkeologi itu menemui tulang-temulang yang berusia beribu-ribu tahun

8 comments: