Kata Seru
1) Digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang
2) Contohnya
Kata Seru | Penggunaannya | Ayat Contoh |
Aduh | Menyatakan perasaan sakit atau kagum | a) Aduh, sakitnya kaki aku! b) Aduh, besarnya rumah kamu! |
Aduhai | Menyatakan perasaan sedih | c) Aduhai, malang sungguh nasibku! |
ah | Menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu | d) Ah, aku tidak mahu pergi lagi! |
Hai | Menyatakan perasaan hendak menyapa atau menarik perhatian seseorang | e) Hai, apa khabar kamu sekeluarga! f) Hai, di mana kamu selama ini! |
Eh | Menyatakan perasaan hairan atau terkejut | g) Eh, rupa-rupanya ialah kamu! |
Nah | Untuk menarik perhatian | h) Nah, ambillah pen ini! |
Oh | Menyatakan perasaan kecewa,hairan,terkejut gembira dan mengharap | i) Oh, sanggup kamu melukai hatiku! |
Wahai | Menyatakan perasaan sedih atau menarik perthatian | j) Wahai teman, janganlah bersedih lagi! |
Wah/Amboi | Menyatakan perasaan hairan atau kagum | k) Amboi, cantiknya rumah kamu! l) Amboi, tingginya lelaki itu! |
cis/cih | menyatakan perasaan marah dan benci | m) Cis, berani dia membuli kamu! n) Cih, mereka tidak kenal siapa aku! |
Ceh | Menyatakan perasaan tidak puas hati | o) Ceh,usah membantah kata-kataku ini! |
Bedebah | Menyatakan perasaan marah | p) Bedebah, berani engkau tendang aku! |
Syabas | Menyatakan perasaan gembira, puas, memuji atau ucap tahniah | q) Syabas, akhirnya kamu berjaya juga! |
Alahai | Menyatakan perasaan menghina | r) Alahai, ini pun kamu tidak tahu buat! |
Alamak | Menyatakan perasaan terkejut | s) Alamak, sudah pagi pun! |
Ha | Menyatakan perasaan hairan | t) Ha, kamu yang menang! |
Ya-Allah | Menyatakan perasaan terkejut | u) Ya-Allah, apa akan berlaku nanti! |
Masya- Allah | Menyatakan perasaan marah atau hairan | v) Masya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu! |
Bagus nya,saya suka ..
ReplyDelete